Ini adalah pesanan buat kita bagi saling ingat-mengingati sesama Insan….
· Wanita hiasan dunia…seindah hiasan adalah Wanita Solehah.
· Hargailah Dirimu….dan hiasilah dirimu dengan Iman & Taqwa.
· Jadikanlah dirimu seperti Srikandi-srikandi Islam dahulu seumpama Siti Khadijah r.a. yang sentiasa di samping Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan ajaran Islam.Sumayyah pula yang tegar mempertahankan Islam meskipun disiksa dan dibunuh dengan kejam.Rabiatul Adawiyah yang sepanjang hayat hidupnya hanya pengabdian kepada Allah.
· Jadikanlah dirimu seorang insan yang malu melakukan kemungkaran…bukan kebaikan.
· Jadikanlah CINTAmu kepada Allah dan Rasulullah melebihi Cintamu kepada segalanya.
· Jauhi CINTA kepada dunia kerana akan membinasakanmu
· Dekatkanlah dirimu kepada Masjid..kerana akan mendidik dirimu menjadi Hamba Allah yang soleh.
· Jadilah hamba Allah yang taat akan Perintah-Nya,umat yang baik kepada Rasulullah,anak yang Soleh kepada ibu dan ayah,saudara yang baik kepada seluruh umat islam dengan melaksanakan Amar maaruf nahi mungkar
No comments:
Post a Comment